
Hari Konsultasi dan Promosi Institusi Pendidikan MARA (IPMA) di ruang legar Ibu Pejabat MARA sedang berlangsung dari 24 Jun sehingga 10 Julai 2020.
.
Menerusi program ini, ramai pelajar lepasan SPM dan ibu bapa hadir untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan kemasukan ke IPMA, pinjaman pelajaran MARA, laluan kerjaya dan bidang pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan akademik, minat dan kemahiran. Malah, program ini juga memberi laluan melanjutkan pengajian tinggi kepada pelajar yang ingin memasuki institusi pengajian selain daripada universiti awam.
.
Semoga para pengunjung khususnya pelajar mendapat input dan panduan bagi meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.